Sunday, August 14, 2011

Eye, smile, noded and shook of head (III)

*NODED AND SHOOK OF HEAD*

ANGGUK-ANGGUK & GELENG-GELENG merupakan salah satu bahasa badan untuk menunjukkan kita SETUJU ataupon TIDAK. Selalunya ANGGUKKAN KEPALA memberi maksud SETUJU meanwhile MENGGELENGKAN KEPALA memberi maksud TIDAK SETUJU.

Tapi BERBEZA DI SRI LANGKA, BANGLADESH, INDIA, BULGARIA DAN TURKI, geleng itu maksudnya SETUJU manakala angguk maksudnya TIDAK SETUJU.

Selain itu, MENGGELENG juga terjadi bila kita TERPEGUN akan sesuatu.

Menggelengkan kepala dengan pantas beserta dengan kurangnya eye contact oleh kawan kita semasa kita memberikan pendapat atau bercerita menunjukkan kawan kita tu TIDAK BERSETUJU dengan kita. Sekiranya ada pendapat yang kita kurang setuju dengan sesuatu, ELAKKAN menggeleng secara keterlaluan. Sebabnya, ia sama la dengan kita berdiri dan mencelah sambil berkata"Saya tidak setuju!!". Kira tak polite la...



Sementara itu, anggukkan kepala semasa mendengar orang lain bercerita menunjukkan bahawa kita MENDENGAR apa yang dikatakan oleh mereka. ANGGUKKAN SAMBIL TERSENYUM boleh menarik perhatian orang lain dan mungkin boleh menenangkan bagi orang yang kesedihan ketika meluahkan perasaan.

Tetapi, anggukkan secara KERAP boleh memberi hint kepada orang lain untuk BERHENTI BERCAKAP. Kelakuan ini boleh dijadikan trik untuk digunakan semasa BERHUJAH atau BERBAHAS.

Selain itu, kita LEBIH CENDERUNG memberikan lebih maklumat sehingga 4 KALI GANDA info apabila audiens MENGANGGUKKAN KEPALA...So, tetiba I terpikir...mungkin....mungkin...mungkin....kita boleh gunakan kaedah ini dengan lecturer kita bila exam hampir tiba...Kita ANGGUKKAN KEPALA KERAP SEDIKIT bila lecturer cakap pasal hint dengan kita..mana tau dia terpedaya and memberikan lebih banyak tips...haaaaa.....^_^ *wink...wink...


Ini ada cara yang boleh digunakan untuk mengetahui sesuatu:

Bagi menyoal siasat seseorang, tanyakan soalan dan ANGGUKKAN KEPALA semasa dia menjawab. Apabila dia berhenti, TERUSKAN anggukkan kepala sebanyak LIMA KALI. Kadarnya ialah 5 SAAT bagi sekali anggukan. Biasanya pada kiraan ke-4, dia akan meanyambung semula percakapan tanpa kita meminta secara lisan...

*Selamat beramal dan berlatih ye..hehe

No comments: