Sunday, August 14, 2011

Eye, smile, noded and shook of head (II)

*SMILE*

Apabila kita SENYUM, kita boleh meredakan keresahan, kakalutan atau kesedihan yang dialami oleh orang lain. Selain itu, SENYUM itu adalah bersedekah. Masing-masing tahu kan...Tapi kan...senyuman yang kita berikan itu jika TIDAK IKHLAS agak sukar meredakan kekalutan dan kesedihan yang dialami oleh orang lain.

Berbual dengan seseorang sambil TERSENYUM menggambarkan kita suka berbual-bual dengan orang tersebut. Tidak kisah secara berdepan mahupon melalui telefon. Selain itu, mesej yang disampaikan lebih berpengaruh. Ini penting lagi-lagi kita terlibat dengan PERNIAGAAN atau MEMBERIKAN PERKHIDMATAN. Apabila berhadapan dengan pelanggan, SENYUMAN YANG IKHLAS mampu menarik lebih banyak pelanggan malah membuat pelanggan datang semula ke gerai kita pada masa akan datang.

Bagaimana mengenali SENYUMAN YANG IKHLAS DAN NATURAL?

Jawapannya bila kita SENYUM, HUJUNG BIBIR AKAN TERNAIK SEDIKIT. Lebih baik jika SENYUM HINGGA TIDAK NAMPAK MATA. Tu kira memang ikhlas yang lahir dari hati betul-betul la...hehe...^_^

Langkah-langkah untuk memberikan SENYUMAN YANG MANTAP:

  1. Betulkan niat. Kita senyum untuk MENGGEMBIRAKAN DIRI SENDIRI dan bukan orang lain.
  2. Usah hiraukan SUSUNAN GIGI yang tidak menarik. Sebabnya, boleh mengganggu niat ikhlas kita untuk tersenyum.
  3. Senyumlah dengan tidak dibuat-buat.
  4. Fikirkan diri kita SENTIASA dalam keadaan GEMBIRA.
  5. Bayangkan tempat ataupon suasana yang boleh buat kita GEMBIRA.

*boleh la berlatih di hadapan cermin ye...lagi-lagi siapa yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai. ^_^

No comments: