Wednesday, August 17, 2011

Butter Bread Puding


Assalamualaikum semua...

Semalam I ada try buat BUTTER BREAD PUDING...I ambil resipi nie dari member school I...Luckily, semua bahan yang diperlukan ada dekat dapur...so, apalagi...I mulakan operasi I dari pukul 11 pagi hingga 1.30 petang...


Bahan-Bahan yang diperlukan:

For caramel:
  1. 1/2 cawan gula kasar
  2. 4 sudu besar air

For bread puding:
  1. 4 keping roti
  2. Sedikit butter
  3. 3 biji telor
  4. 1 tin susu cair
  5. 8 sudu besar gula halus
  6. sedikit esen vanilla
  7. kismis


How to make it?



  1. Sapu loyang dengan butter & panaskan oven sehingga 180 degree.
  2. Sapukan roti dengan butter.Toaskan 3-4 minit and potong kepada 4 bahagian. I tak paham toas tu ape so I bakar kat pan without use oil...tapi jangan lama-lama and penyekkan roti tu..hehe
  3. Goreng gula sehingga keperangan dengan api yang kecil. Kemudian, masukkan 4 sudu besar air ke dalamnya. Jangan lama sangat ye masak gula tu nanti rasa macam hangus pulak bila dah siap pudingnya.



  4. Dalam bekas lain, masukkan satu persatu telor, gula halus, esen vanilla dan susu cair. Selepas masukkan setiap bahan hendaklah dikacau sehingga semua bahan sebati.
  5. Tuangkan gula yang telah dimasak ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter. Kalau gula sudah mengeras, panaskan semula sehingga cair. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikacau. Pastikan bahan yang dikacau, ditapis dulu.
  6. Letak roti yang telah dipotong sebanyak dua lapis.
  7. Taburkan kismis atas roti. I guna bahan laen tapi I tak tahu namanya.



  8. Letakkan loyang dalam bekas @ loyang yang lagi besar. Tuangkan air sedikit ke dalam loyang yang lebih besar.
  9. Masukkan dalam oven dan bakar selama 40-80 minit.
  10. Keluarkan dan sejukkan.
  11. Masuk dalam peti ais dan siap untuk di makan..^_^



*agak messy semata-mata nak keluarkan dari periuk.


*Ini la rupanya...member school I guna loyang empat segi...tapi rumah I tak ada loyang empat segi so I guna periuk nasi untuk letakkan bahan-bahan puding. haha
*Lain kali boleh susun roti macam game domino yang telah jatuh sebanyak dua lapis. Baru lawa sikit ye dak...hehe

No comments: