Saturday, August 13, 2011

Religious talk

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Hari ini, I balik sejam setengah lewat dari terawih dari hari-hari biasa. Sebabnya, surau yang dekat dengan rumah I ada ceramah sempena Ramadhan nie. I ingat ceramah tu dah habis petang tadi sebab mula pukul 6.15 petang. Terawih pulak hanya 8 rakaat je kemudian witir. Selalu surau dekat taman I buat solat terawih sampai habis. Mungkin tadi petang ustaz yang dijemput tidak sempat hendak menghabiskan ceramah beliau,makanya disambung lepas terawih.


Kalau diikutkan I memang dah lama tak dengar ceramah agama...Tapi, tak ada la lama sangat. Puasa di rumah dengan puasa di universiti ada baik dan ada kekurangan bagi I....Di universiti, kalau ada ceramah agama yang dibuat oleh kolej I, rajin la I turun since ramai member I turun. So, tak ada la kekok kebeno. Bila dekat rumah nie, susah sikit la...malu barangkali kot..huhu...Di universiti, ada la gak I bangun 2 3 pagi kan setiap selang beberapa hari...balik terawih kebanyakannya penat...then terus tidur...lepas tu 2 3 pagi bangun buat pape yang patot baru bukak buku...kalau dekat rumah...bukan kata nak bangun la...set alarm kol 2 3 pagi pon tak..ish3...bila la nak bangun 2 3 pagi tu....


Entry nie I cuma nak summary kan balik la apa yang I dapat dari ceramah tadi... I pergi surau dengan mak & adik I...bila mak & adik I decided nak balik, I jadi ragu-ragu either nk stay or balik...tapi Alhamdulillah..kata-kata ustaz tu mententeramkan I and I decided untuk stay dengar ceramah sampai habis...nak tau apa kata Ustaz tu? Ustaz tu cakap lebih kurang macam nie la.....


" Amat rugi la bagi orang yang enggan menghadirkan diri ke majlis ilmu, sesungguhnya malaikat akan turun bersama di dalam majlis ilmu untuk mendoakan bagi orang yang menghadirkan diri di dalam majlis ilmu agar diampunkan dosa. Bukan malaikat sahaja bahkan binatang dan serangga juga berbuat demikian"


Perkara PERTAMA yang dikatakan Ustaz dalam ceramahnye adalah BANYAKKAN SEDEKAH tidak kira pada anak yatim mahupon jiran tetangga...Selain sedekah kan duit, kita boleh la sedekah kan makanan terutamanya juadah berbuka puasa. Ganjaran bagi orang yang memberi juadah puasa kepada orang lain sangat besar ganjarannya. Hal ini kerana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud (I ringkaskan sebab I tak ingat sangat ayat penuhnya) hanya separuh buah kurma dapat dapat menghindarkan diri daripada api neraka. Hal ini bermaksud, walau kita bersedekah dengan memberi makanan berbuka puasa hanya sebiji kurma, Insya Allah, Allah akan menghindarkan diri kita dari api neraka.


BERSEDEKAH ini banyak ganjarannya. Antaranya rezeki semakin bertambah (seperti sedia maklum pada yang sudah tahu), dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Ganjarannya mungkin dapat sekali gus..mungkin salah satu...mungkin cepat..mungkin lambat...hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui...Maka, hendaklah kita ikhlas dan yakin pada janji Allah...Sesungguhnya janji Allah itu benar.


Perkara KEDUA yang diperkatakan oleh Ustaz berkenaan ialah MEMBACA AL-QURAN. Besar ganjaranya MEMBACA AL-QURAN pada bulan Ramadhan. Pahalanya berganda dari hari-hari lain. Walau ada di antara kita tidak mampu untuk membacanya elok la sekadar membeleknya. Bagi yang mampu membacanya, elok memperkemaskan bacaan dari segi tajwid & makhrajnya...bagi yang sudah bagus, dalami pula maksud ayat-ayat Al-Quran.


Ustaz juga ada mengatakan istimewanya bulan Ramadhan ni, sebabnya dalam bulan Ramadhan ni turunnya Al-Quran (17 Ramadhan) di baitul Izzah kemudian turun secara beransur-ansur kepada Nabi s.a.w secara beransur-ansur selama 23 tahun. Selain itu, bulan Ramadhan juga terdapatnya LAILATURQADAR. LAILATUR QADAR tu terdapat pada 10 malam terakhir...Berbahagia lah pada orang yang beribadah pada malam tersebut. Ustaz tu cakap, ada hint nya either kita dapat malam LAILATURQADAR tu atau tidak...Malam tersebut, Malaikat Jibril akan turun ke bumi dan memberi salam (menyentuh) manusia yang beribadah pada malam itu. Sekiranya sentuhan itu benar, maka orang itu akan lembut hatinya dan mudah mengalirkan air mata....lembut hatinya bila mendengar ayat-ayat al-Quran...mudah mengalirkan air mata bila mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan.


Itu lah antara pengisian Ustaz dalam ceramah beliau...I harap...Ramadhan kali ni I jadi yang lebih baik dari Ramadhan yang lepas dan kebaikan tu berterusan sampai bila-bila...Amiinn...






No comments: