Showing posts with label seni bahasa badan. Show all posts
Showing posts with label seni bahasa badan. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Eye, smile, noded and shook of head (III)

*NODED AND SHOOK OF HEAD*

ANGGUK-ANGGUK & GELENG-GELENG merupakan salah satu bahasa badan untuk menunjukkan kita SETUJU ataupon TIDAK. Selalunya ANGGUKKAN KEPALA memberi maksud SETUJU meanwhile MENGGELENGKAN KEPALA memberi maksud TIDAK SETUJU.

Tapi BERBEZA DI SRI LANGKA, BANGLADESH, INDIA, BULGARIA DAN TURKI, geleng itu maksudnya SETUJU manakala angguk maksudnya TIDAK SETUJU.

Selain itu, MENGGELENG juga terjadi bila kita TERPEGUN akan sesuatu.

Menggelengkan kepala dengan pantas beserta dengan kurangnya eye contact oleh kawan kita semasa kita memberikan pendapat atau bercerita menunjukkan kawan kita tu TIDAK BERSETUJU dengan kita. Sekiranya ada pendapat yang kita kurang setuju dengan sesuatu, ELAKKAN menggeleng secara keterlaluan. Sebabnya, ia sama la dengan kita berdiri dan mencelah sambil berkata"Saya tidak setuju!!". Kira tak polite la...

Eye, smile, noded and shook of head (II)

*SMILE*

Apabila kita SENYUM, kita boleh meredakan keresahan, kakalutan atau kesedihan yang dialami oleh orang lain. Selain itu, SENYUM itu adalah bersedekah. Masing-masing tahu kan...Tapi kan...senyuman yang kita berikan itu jika TIDAK IKHLAS agak sukar meredakan kekalutan dan kesedihan yang dialami oleh orang lain.

Berbual dengan seseorang sambil TERSENYUM menggambarkan kita suka berbual-bual dengan orang tersebut. Tidak kisah secara berdepan mahupon melalui telefon. Selain itu, mesej yang disampaikan lebih berpengaruh. Ini penting lagi-lagi kita terlibat dengan PERNIAGAAN atau MEMBERIKAN PERKHIDMATAN. Apabila berhadapan dengan pelanggan, SENYUMAN YANG IKHLAS mampu menarik lebih banyak pelanggan malah membuat pelanggan datang semula ke gerai kita pada masa akan datang.

Bagaimana mengenali SENYUMAN YANG IKHLAS DAN NATURAL?

Jawapannya bila kita SENYUM, HUJUNG BIBIR AKAN TERNAIK SEDIKIT. Lebih baik jika SENYUM HINGGA TIDAK NAMPAK MATA. Tu kira memang ikhlas yang lahir dari hati betul-betul la...hehe...^_^

Langkah-langkah untuk memberikan SENYUMAN YANG MANTAP:

  1. Betulkan niat. Kita senyum untuk MENGGEMBIRAKAN DIRI SENDIRI dan bukan orang lain.
  2. Usah hiraukan SUSUNAN GIGI yang tidak menarik. Sebabnya, boleh mengganggu niat ikhlas kita untuk tersenyum.
  3. Senyumlah dengan tidak dibuat-buat.
  4. Fikirkan diri kita SENTIASA dalam keadaan GEMBIRA.
  5. Bayangkan tempat ataupon suasana yang boleh buat kita GEMBIRA.

*boleh la berlatih di hadapan cermin ye...lagi-lagi siapa yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai. ^_^

Eye, smile, noded and shook of head (I)

Assalamualaikum & selamat pagi semua!!

Mulakakan hari anda dengan SENYUMAN walau ada banyak perkara yang meresahkan dan difikirkan....fikirlah secara POSITIF..^_^


Seperti kebiasaan I pada hari-hari biasa sebelum ini, pagi I dihiasi dengan mimpi nan indah...Keterbiasaan yang dilakukan sejak zaman SPM lagi. Diri diulit mimpi tidak kira indah atau tidak sampai matahari tegak di atas kepala.

Ramadhan kali ini, I nak ubah semua benda tu...walau kadang kala I tersungkur tapi takpe...secara perlahan-lahan agar semangat tidak luntur untuk berubah...Insya Allah...

Pagi ini, I ditemani dengan buku SENI BAHASA BADAN. Actually, it is not all about communication in the marriage but more to how we stand, behave, and communicate with all people around us. Bukan apa, I rasa I ada masalah sebenarnya...I rasa terlalu banyak misunderstood & komunikasi yang tidak berkesan telah berlaku antara I dengan orang sekeliling I. I tak tahu la whether I nie cakap terlalu perlahan ke pe kan...but most people macam ignore apa yang I cakap...Sekali dua tak apa, tapi lama-lama mana bileh tahan kan..huh..Plus, kalau I ada masalah, I prefer untuk senyapkan je..Bukan senyap tapi I tak tahu nak luahkan macam mana.

ok...sekarang bukan nak cerita masalah I tapi I nak summarykan apa yang telah I baca..

EYE, SMILE NODED AND SHOOK OF HEAD..antara element awal yang kita boleh gunakan untuk menggantikan bahasa lisan kita..Sepanjang I baca..BAHASA BADAN membawa 70% MESEJ BERBANDING LISAN..haaa...kita mulakan dengan mata.